Dari segi penggunaan yang lebih tepat, "sarung" merujuk kepada alas bahagian bawah badan orang Melayu, tanpa mengira lelaki atau wanita. Perkataan ini berasal dari perkataan
India sari. Sarung terdiri daripada sehelai kain selebar satu ela dan sepanjang dua setengah ela.. Pada pusat helaian ini, merentasi lebarnya, sebidang warna atau corak kontras selebar satu kaki ditenun atau dicelup pada bahagian kain yang dikenali sebagai "kepala" sarung. Kain ini dijahit pada sisi yang lebih sempit untuk membentuk satu gulung. Seseorang memijak kakinya dalam gulung ini, menaikkan sisi atas kain ke atas paras pusat badan (kelepet kain mestilah sama aras dengan buku lali), memastikan posisi kepala di pusat belakangnya, dan melipat bahagian kain yang belum dilipat dari kedua-dua sisi ke pusat hadapannya di mana sisi kain itu bertindihan, dan mengemaskan sarung dengan menggulungkan kelepet atasnya meliputi kain ini.
Lelaki Melayu lazimnya memakai sarung
kain pelikat yang ditenun dengan corak berpetak-petak (
songket), manakala wanita kaum memakai sarung yang dicelup dengan kaedah batik dengan, misalnya, motif bunga, dan berwarna terang Sarung ini biasa dipakai kaum wanita dalam acara formal bersama
baju kebaya. Lelaki Melayu memakai sarung di khalayak umum hanya apabila menghadiri sembahyang Jumaat di masjid, namum sarung masih amat biasa dipakai dalam rumah oleh lelaki dan wanita pelbagai kaum dan agama di
Brunei,
Indonesia dan
Malaysia.
|
Kain Batik |
|
Kain Pelikat |